Hujan renyai-renyai dinihari itu tidak menghalang dia dari
bangun untuk mengerjakan sembahyang subuh seperti selalu, sama, seperti
semenjak belasan tahun yang lalu… sejak dia mula mengenali solat. Credit to them! Parents. Terima kasih, kerana sekarang dia tahu
mengapa kita sebagai umat yang mengakui Islam itu dengan lidah dan beriman
dengannya melalui hati harus menjadikan solat yang merupakan tiang agama itu
sebagai pendamping hari-hari kita bagi menempuh setiap dari masa kehidupan ini
dengan redha, rahmat dan belas kasihan Allah S.W.T.
Cuma bezanya hari ini ialah dia tidak lagi dikejutkan oleh
ayahnya seperti suatu waktu dulu, dia tidak lagi dibangkitkan dengan ketukan
dipintu oleh mamanya seperti suatu ketika dahulu, dia bangun sendiri. Itu pun
lepas buat perjanjian dengan telefon bimbitnya beberapa tahun lalu la. Kalau
tidak… wassalam la jugak kan. Kadang-kadang ada juga harinya dia ‘ter’langgar
dokumen perjanjian tu, penat barangkali? Memang tak sudah dengan ayat membela
diri!
Angin pagi itu sungguh menggigit diri. Giginya yang terkena air
paip semasa berkumur terasa ngilu, macam sapu ais krim kat gigi sendiri je
rasanya. Tapi, alang kepalang dah bangun, dia redah juga air dingin beku tu.
Lagipun mandi awal ni boleh cantikkan badan tau! Walla we…ikhlas ke tak ni
bangun? Nak body solid or nak pahala ni? Well…anything kat dunia ni lebih baik dua dari satu
kot, ye ke? Poligami terkecuali ye! Advance
warning! Hehe…apa yang aku
merepek pagi-pagi nih? Hish, nak solat tahajjud dengan hajat, ini pun tak awal
mana, jadi kena cepat lah sebelum masjid yang bukan sekangkang kera dari rumah
nya tu mengumandangkan azan subuh.
Angin yang berhembus bersama titisan air dingin itu sangat
nyaman untuk dijadikan alasan berkubang semula atas tilam setebal burger beef double cheese yang duk memanggil-manggil sejak
tuannya tinggalkan katil sedari awal dinihari.
Dirinya pula, nak kata tak tergoda, nanti dituduh bohong berspotlight pulak, tetapi untuk bermalas-malasan
diatas katil yang physically lembut and sedap gila dengan tilam SweetDream 10
inci tu merupakan suatu kerugian besar. Bagaimana anda boleh melepaskan saat
emas beribadah kepada Tuhan yang Agung hanya kerana tidur yang nikmatnya sudah
terang lagi bersuluh, memang tak sampai ke mana? Dah tu, bangun lewat semua
kerja tak jadi. Haaa...barulah nak nyesal apesal la aku tak bangun awal...???
kalau aku tak tidur semula lepas subuh tadi, aku sempat buat itu, buat ini,
kalau la aku bangun pukul 10 tadi sempat lah aku melenyek pisang buat cekodok and so on and so forth, dan banyak lagi la kalau dan
berkalau-kalau kalau dah bangun lewat tuh. See? Tak caya? Try! Orang cakap, bukan saya
cakap ye, when a person tells
a story, usually that person have already experienced those particular things,
really? By the way, i’m
not an angel, alasan lagi tuh...but, it is masalahnya, saya memang bukan
malaikat, jadi haruslah kadang-kadang saya tersubuh gajah kan? Alasan!!!
Azan yang dilaungkan oleh bilal masjid kawasan perumahan elite
itu sayup-sayup kedengaran di telinganya. Dia bergegas bangun setelah azan
selesai dilaungkan. Tasbih ala-ala elektronik yang dibuat dari keluli stainless steel itu diletakkan di atas rak kayu oak
yang diatasnya terdapat beberapa buah al-Quran dari pelbagai mushaf dan saiz,
juga kitab-kitab kecil dan buku-buku doa dan zikir harian yang pelbagai warna
tapi tak pelbagai bentuk, square
and rectangle je.
Di atas sejadah merah hati yang sedia terhampar itu dia
mula melaksanakan tuntutan Maha Esa ke atas dirinya. Berusaha kusyuk
semampunya. Seperti sekian kalinya selepas solat dan memohon keinginannya pada
Sang Pencipta yang Esa, dia akan membelek hujung sejadah buatan Itali itu.
Walau setiap hari dibelek pun dia tetap tidak dapat menahan keinginan untuk
tetap membeleknya sambil melafazkan zikir pagi. Beberapa minit kemudian
kedengaran nada Gym Class Heroes feat Adam Levine. Sejadah itu segera
disangkut pada ampai oak coklat tua bersama telekung yang materialnya dari
sejenis kapas yang didapati di Turki.
Handphone berwarna
putih di atas tilam diambil perlahan. Lagaknya seperti tak berapa nak kisah
tentang SMS yang baru saja mendarat di dalam inbox
handphonenya. Tetapi sebenarnya dalam hati tu melompat-lompat nak tau siapa
laa... gerangannya yang menghantar SMS pagi-pagi hari macam ni. Beberapa butang
pantas di tekan.
Sis Nadia
: Salam, da bgn ke?
Fara ade
clas x hari ni?? Akak msk lbih pg ni, dtg umh ye.. J
See??? Ni la dia kejayaan pertama bangun awal hari
ni, kan awal-awal pagi lagi Allah dah bagi rezeki. Dalam setiap keadaan, Allah
tu selalu pemurah. Dia tersengih lebar. Hehehe…tak payah la aku mengadap
meja dan bangku pagi ni.
Fara:
wslm.. pg akak..hehe
Ad clas,
ok2 jap lg hamba tiba, hehe..tq kak. ;)
Nasib baik ada Kak Nadia. Baru la terasa macam ada sorang kakak
kat dunia ni. Dia menggumam sendiri sambil jari jemarinya tak henti-henti
menggosok skrin telefon bimbitnya.
Dia kemudian tergesa-gesa membuka pintu almari yang tingginya
hingga ke siling bilik itu. Satu persatu baju yang sudah siap digosok itu
diselak. Lagaknya macam lah ada yang sedang menunggunya di luar gate. Baju apa aku nak pakai ni…ni lagi
satu hal, gaya selebriti je pilih baju pun. Ini lah satu-satunya masalahnya.
Sesak otak nak memikir baju apa yang harus dipakai untuk menjalani rutin
hariannya.
“Yes!!!” Dia menjerit sambil memetik jari. Cari pakar perunding
untuk tolong pikir baju apa aku nak pakai. Hahaha…geliga sangat la kan otak
aku. Akhirnya dia membuat keputusan memakai sut merah jambu yang dihadiahkan
oleh seorang temannya di New Zealand. Gadis berdarah campuran Perancis-Rusia
itu memberi sepasang baju merah jambu kepadanya sempena keberangkatannya pulang
ke Malaysia lewat lima tahun lalu.
Dia berpusing-pusing di hadapan cermin panjang yang terdapat di
bilik itu dengan sut pink yang belum disarung ke badan. Lagak macam dah pakai
baju je berspusing-pusing sakan. Selesai mengambil apa yang patut untuk dibawa
ke kelas, dia bergegas ke bilik mandi dan segera bersiap.
Seluar merah jambu dari material jenis denim itu dipadankan
dengan sehelai kemeja warna krim cair yang diperbuat dari kain jenis cotton
berlining, labuh hingga ke paras paha, kemudian dia menyarung sehelai blouse corb coral dari jenis linen nipis warna merah
jambu melepasi paha ke atas kemeja tadi. Dia menutup kepalanya dengan sehelai
tudung abstrak Italia dengan tona merah delima, merah jambu dan putih.
Penampilannya tampak kemas dan ringkas, bagai mahu melangkah ke medan catwalk sahaja lagaknya. Oleh kerana ini
adalah hari pertamanya nak mencuba trick di kelas bahasa, jadi dia harus
memastikan segalanya berjalan seperti yang diinginkan. Jangan ada yang berlaku
diluar jangkaan pula. Bukan dia tidak kenal dengan dirinya yang selalu buat
kejutan tak terduga tu. Hmm…nama pun kejutan kan? So, it must be something unexpected la…
Beg, kunci kereta, buku nota dan beberapa buah buku yang
dirasakan perlu untuk rujukan nanti diletakkan di atas meja bulat, betul-betul
di tepi pintu utama banglonya. Almari kasut diselongkar kelam kabut, matanya
melilau mencari kasut yang telah diset awal-awal di dalam kepala tadi. Hmm…ini
dia! Sepasang kasut bertutup warna beige ditarik keluar dan diletakkan
dihadapan pintu. Dia lantas menyarung sandal dan laju bergerak ke rumah Kak
Nadia yang berjiran dengannya. Langkah diatur perlahan apabila dia sudah
mendekati gate banglo dua tingkat yang dicat dengan
tona krim dan hijau lumut itu. Bimbang juga nanti dikata dikejar anjing pula
pagi-pagi buta begitu masuk ke rumah jiran bersebelahan pun termengah-mengah
lagak baru habis inning 1000 meter je. Fffuhhh… Nafas ditarik
dalam-dalam dua tiga kali sebelum tangannya laju mengetuk pintu, lupa pada switch loceng yang cantik menempel di dinding
hijau itu.
“Hai sayang…” Iskandar menyapa isterinya yang kelihatan sibuk
mengurus dapur dan anak-anak pagi itu. Nadia menoleh dengan senyuman
berkuntum-kuntuman di bibir. “Hai…tak payah jerit hari ni, awal abang turun?”
Nadia bertanya pelik dengan dahi sedikit dikerutkan, konon nak tunjuk yang
suaminya memang pelik pagi itu.
“Eh, ye ke?” Iskandar ketawa senang. “Saja tak nak jiran kita
dengar ayang jerit hari ni, jeles abang ayang asyik kasi jiran-jiran dengar
suara ayang yang lemak manis tu hari-hari.” Hahaha… Dia ingin mencubit pipi
mulus isterinya tetapi lengannya dulu menerima penangan dari Nadia.
“Ngada abang ni, tunggu apa lagi tu, makan la bang. Kang
lambat…tak sempat pulak nak makan…” Milo panas dituang kedalam beberapa cawan
dan disuakan kepada suaminya yang tiba-tiba buat muka macam tak pernah tengok
nasi lemak saja lagaknya.
“Kenapa bang?” Nadia memegang bahu suaminya sambil kepala sedikit
terjengul melihat wajah yang tiba-tiba buat pelik tu. Iskandar perlahan-lahan
mengunyah nasi lemak.
“Rasa something pelik ke bang?” Kalut Nadia
bertanya. Suaminya tersengih.
“Apa la sayang ni, bagi la abang telan dulu, tak sempat nak digest dalam mulut lagi ni cayang oi...”
Dia menarik cawan milo dan beberapa teguk air keroh ala-ala sungai banjir tu
melalui kerongkongnya sebelum dia menyambung bicara dengan Sang isteri yang dah
bermuka jeruk kelubi tak jadi tu.
“Sedap la sayang, ayang bukak je la kedai nasi lemak depan
banglo ni. Tak yah abang sibuk-sibuk gi keje lagi dah” Iskandar menyakat
isterinya. Nadia mencebik, bahu Iskandar ditampar perlahan. Ye-ye je cakapnya.
“Habis yang abang buat muka pelik tu kenapa?”
“Pelik la, dah sayang masak banyak sangat pagi ni abang tengok.
Nak suruh abang bawak bekal ke ni?” Iskandar sengih melihat isterinya yang tak
puas hati.
“Tak la bang, Nadia ajak Fara sarapan kat sini, dah lama tak
ajak dia breakfast sekali. Kalau abang nak bawak bekal
pun apa salahnya…nak ke?” Nadia pula mengambil giliran menyakat suaminya.
“Ha, tu dah datang kot, dengar macam orang bagi salam je.”
Iskandar memuncungkan bibirnya ke arah ruang depan banglo mereka.
“Panjang umur budak ni, baru sebut je dah sampai, jap Nadia gi
bukak pintu.” Laju dia bergerak ke arah pintu utama. Memang sah yang berdiri di
hadapan pintu banglo itu ialah orang yang dijemputnya subuh tadi. Si Fara ni
memang penyakit sikit. Kalau dengar ketuk pintu dan bagi salam tu, memang tak
salah, ini la makhluknya. Mesti. Entah apa masalahnya tak suka benar guna
loceng tu.
“Wah! Nak gi fashion
show ke Fara? Lawa semacam je
hari ni.” Terpegun sekejap dengan penampilan gadis tinggi lampai itu.
Nadia memandang gadis dihadapannya atas bawah. Fara sengih.
Comel benar la sengihnya tu.
“Selalu saya tak cantik ke kak?” Nadia ketawa mendengar soalan
Fara. Ada-ada je idea budak bertuah ni.
“Ada-ada je kamu ye…dah, meh masuk, abang Is pun dah nak habis
makan agaknya tu.”
“Waaaaahhhh…Kak Faraaa…pinknye…” Marissa, anak sulung Kak Nadia
menegur dengan pandangan kagum bercampur takjub barang kali. Matanya bagai
melekat mengekori pergerakan Farah.
Tiba giliran Iskandar pula yang memandang Fara atas bawah,
dengan stokin pink lembutnya. Ish…Kak Nadia laki bini ni tengok aku semacam je.
Nak kondem ke nak puji ni, Fara sudah mula mengomel sendiri. Nak kena prepare jawapan SPM la pulak pagi-pagi buta ni.
“Fara baru jatuh dalam coklat strawberry ke?” Iskandar bertanya
dengan nada bergurau. Tawa dihujungnya. Kak Nadia tak lepas peluang. Tumpang
sekaki, ketawa je dia sambil menyenduk nasi ke dalam pinggan.
Fara, seperti habitatnya. Sengih je dia tau. Mengiyakan tidak,
mengangguk tidak, geleng pun tidak.
Selepas beberapa kunyahan ditelan. Baru terasa ada point nak
cakap. “Hari ni first day Fara masuk class.”
“Akak ingat Fara dah masuk kelas dah hari tu.” Nadia menarik
kerusi untuk duduk di sisi Iskandar. Marina pula didudukkan di ribaannya.
“Tak la kak. Hari tu Fara pergi register je”
“0oo…patut la pinky semacam hari ni. Lecturer nanti laki ke perempuan?” Iskandar
bertanya mengusik.
“Hehehe…tak tau lagi, dorang jumble katanya. Itu pasal kena terjun dalam
coklat hari ni, kasi mellow sikit lecturer nanti kalau yang laki
tu.” Fara ketawa. Sengal! Macam bagus je jawapan. Kak Nadia dan Iskandar turut
sama ketawa sambil menggeleng.