Jadual di seat sebelah di pandang
sekilas. Dan dia pandang lagi sekali. Sudahnya kereta dibrek mengejut di bahu
jalan. Alamak…mampus kali ni. Laju tangan dan matanya menganalisa jadual
berwarna kuning itu. Dia baru sedar rupanya hari ni jadual kelas pagi. Pukul 10
pulak tu. Dia baru berkira-kira nak melawat rumah keknya yang dah berapa hari
tak terziarah tu. Ish…tak boleh jadi ni. Dia menukar haluan kereta, sepantas
mungkin dia harus tiba di International Language Centre. Mana boleh lambat! Dah
la ni first class. First impression tu penting… Dia
seolah-olah memberitahu diri sendiri.
Ahh..kacau kalau aku terlewat hari ni. Tak
pernah terjadi dalam salasilah hidup aku ni…Konon! Adoii...kereta ni apasal aku
rasa macam tak berapa nak gerak je. Meter elektronik di dashboard kereta sudah menunjukkan angka 150. Alaa...tak buka
cermin, bukan rasa sangat kereta tu macam dah nak terbang sebenarnya.
Tanpa amaran dia berhenti di bahu jalan
dengan kelajuan membunuh! Dia melihat jam yang cantik di tangannya itu untuk
kali yang entah ke berapa. Kurang pasti. Pandangan di hala ke arah jalan yang
bertali arus dengan kenderaan. Dia berkira-kira sendiri. Kalau aku bawak 150
guna jalan ni? Ish…dia mengimaginasikan jalan-jalan yang bakal dilalui sebentar
lagi. Dia menggeleng laju, tak cukup masa! Campur tolak dengan kereta-kereta
yang duk berjoget kat jalan ni, sudahnya nanti dia akan berada di jalan sampai
habis kelas.
Tombol gear auto ditolak, kereta bergerak
laju meninggalkan bahu jalan yang belum habis terkejut diterjah kereta putih
ala-ala coklat itu. Scene itu memang
sebijik seperti tayar kereta yang berdecit waktu hero Korea nak kejar makwe kat
airport tu.Ha...gitu la gayenye. Tapi si minah ni nak
kejar something yang sekali pergi dah tak kembali! Bukan
mati yang pastinya.
Kereta SUV itu terus berlari di atas aspal dengan kelajuan ala-ala nak
mengalahkan MINICHAMPS 400 100094 yang digunakan dalam perlumbaan Formula 1 di
litar Sepang. Dengan kelajuan itu dia berharap dapat sampai di Pusat Bahasa
dengan seberapa segera yang mungkin. Dia akan tumpangkan keretanya di park berbayar berdekatan stesen LRT yang
bakal di tuju, dan kemudian dari situ dia akan menaiki LRT, dari stesen LRT
pula dia akan menapak beberapa minit
untuk sampai ke ILC. Cara ni rasanya lebih bagus dari drive laju-laju akhirnya sampai lambat jugak sebab banyak
makhluk-makhluk lain yang berpusu di jalan. So,
jalan selamat ialah naik je public
transport. Gaya nak mengampu kerajaan la ni. Ish…astaghfirullahalazim…
ADOIII… Ni lagi satu typical problem nih… Dalam LRT tak ada vacant seats pagi-pagi nih. Nak kena
jadi permanent model la kan kat
tengah-tengah tiub ni dicampur dengan unstable
tiub yang asyik buat orang ke kiri, ke kanan and ke belakang suka-suka hati dia. Sudahnya, dia jugak yang duk terkial-kial
pegang sana, paut sini, macam kucing jatuh telaga.
Matanya buat round check 180 darjah.
Kiri.
Kanan.
And
second round, double check. Hahaha…
Kiri and…kanan.
Nafas dihembus, memang tak ada seat kosong lah. Dia lupa, ini Putra,
patut ramai semacam, tambah-tambah dia masuk time waktu-wakitu genting ceng
gini, memang padan kena berdiri la. Hmm…kuatkan otot lutut la nampak
gayanya. Tangannya memaut tiang di tengah-tengah LRT yang memang disediakan
khas untuk orang berdiri gamaknya. Dengan baju pink tu memang dah lebih
dari cukup la untuk buat dia glamour sepanjang
perjalanan.
Ushh…ramai gila manusia hari ni. Apasal la
dorang ni sibuk nak keluar hari ni. Hari lain tak leh ke? Beberapa orang mamat
sengal kelihatan cuba menghidupkan fius scanner
ke atas dirinya. Ni yang aku tak suka naik public
transport nih! Ada je scanner tak
dapat tauliah nak berkerja. Semua
speisis mata yang nak kena ban!
Dengan kelajuan normal LRT itu tiba di
satu stesen. Ye, memang ramai penumpang yang tunggu nak serbu je bila sliding door tu bukak. Sebelum diorang
masuk, kepala kat sini dah pening memikir sepadat mana tuna dalam tiub ni
selepas melihat kepada jumlah manusia di luar tiub tu.
Adoiii…ni yang tak suka ni… sabar je la
Fara, kau bukan puteri Sultan Brunei nak ngada-ngada, dan for sure ini bukan
LRT bapak mertua kau.
Dia melihat di pintu masuk-keluar, yang
nak serbu keluar tak ada ke ni?? Dia memandang sekeliling, hanya beberapa orang
sahaja yang kelihatannya bersiap-siap untuk keluar dari tin sardin. Nampak gaya
memang bertambah la isipadu tiub LRT ni. Hmm…
Penumpang berpusu-pusu masuk ke dalam LRT.
Dia mengelak seboleh mungkin dari dilanggar todak-todak yang baru masuk.
Tiba-tiba tengah sibuk duk mengecilkan diri rasa tubuhnya dilanggar kuat, hampir-hampir
nak jatuh, bukan hampir, memang nak jatuh pun. Tapi…
“Oh
my…aaaaaa…”
“Err…sorry,
sorry…” Cepat-cepat lelaki itu menariknya dari membuat ritual ala-ala orang
Korea menyembah nenek moyang mereka. Nasib baik aku tak tersembam! Kalau tidak…model of the day la aku hari ni.
Tangannya kembali dipaut ditiang tengah LRT, ready nak cakap ‘thanks’
kat mamat yang hampir menyembamkannya dan jadi hero kasi dia tak sembam.
Namun, belum sempat dia nak dongak tengok mamat tu…
“Hey,
is it really you?”
Lelaki itu menyapanya dengan gaya kenal gila. Dia pula yang terkulat-kulat
fikir. Apa mamat ni? Wajahnya didongakkan sikit, nak tengok manusia yang yang
cakap ‘is it really you?’ tu.
“Aaa…” Nak cakap, tapi tak terkeluar sebab
terkejut badak punya pasal.
“I Ariff…Ikhwan…kalau you tak ingat??” Sepatah-sepatah lelaki itu memperkenalkan dirinya.
Atau barangkali cuba memulihkan ingatannya sambil menyertakan soalan duga
ingatan?
Belum sempat dia membuka mulut. Lelaki itu
lebih dulu bersuara. “Fara kan?”
“I
know you are. What a pleasant surprise!” Pemuda itu tersengih lebar.
Yup…this
guy… Mana boleh lupa, teman sehidup semati time sekolah, budak manja. And…budak yang aku rindu…time tengah sedih je la.
Tengok sekali memang dia kurang perasan,
mamat yang suka gaduh dengan dia time old
school dulu rupanya. Dah jadi macam orang lain, even not totally
different, but still...masa akan mengubah anybody, in many ways. Mana
la dia nak perasan kalau setakat sekilas pandang ikan di air. Memang dia tak
tau la jantan betinanya.
“Hi…long time no see… Still remember
me? My pleasure…” Ucapan ikhlas dari
hati yang so-so je la. Mana boleh yang paling dalam. Hehehe…. Terharu.
Tapi lagi haru kalau dah jumpa mamat siot
ni. Memang haru la hidup aku nanti dibuatnya.
“Of course I am! At a glance, I know
it’s you.” Ariff tersenyum riang. Dalam LRT serabut ni jumpa awek lama.
Sapa tak suka.
“Anyway…how’s
life?” Ariff bertanya.
Senyum di bibirnya tak lekang. Sesuatu yang dia suka tentang lelaki itu.
Dia mengangguk perlahan. “Great…how bout you?” Ni bukan nak ikut
protokol ye. Serious nak tau, bagaimana hidup mamat yang suka buat hal ni.
“As
you can see…
I’m
doing very well.
Mana hilang? Abroad?” Ariff serious
bertanya.
“Nope…but
yes…” Teka-teki la konon.
Ariff mengangkat kening sebelah. “Nope…but yes? Meaning???” Dia keliru.
Minah ni tak habis lagi ke dengan perangai lama dia.
“Hehehe…abroad ye, tak abroad pun
ye jugak, just kita je yang tak da
rezeki nak jumpa or terjumpa perhaps.
I kat sini after we quit that day. Then I
was leaving Malaysia. You kat sini ke lepas tu?”
Lagak macam hidup zaman batu je, boleh
pulak lost contact dengan the very closest one. Yeah...the
very the one.
Lepas tu…? Ariff senyum sendiri. “I kat
sini jugak, then abroad, then balik sini.” Dia memandang gadis dihadapannya. Dengan
senyuman. “Macam you jugak.”
“0oo…you
seem doing very well. Nak gi mana ni?” Dia menukar topik. Lemas dah duk
ingat-ingat zaman kegemilangan tu.
“On
my way, meeting my beloved brother, you?” Ariff sengih. Fara dipandangnya
atas bawah. This girl…pakai apa pun
cantik.
“I
ada kelas…bahasa…” Fara membalas lambat-lambat. Duduk dengan dia ni memang awet
muda la.
“I
see…so…bila boleh jumpa
lagi?” Kening sebelah diangkat. Mahukan kepastian.
“Anytime…bila
ada rezeki, perhaps.” Fara turut
mengangkat kening tanda tidak pasti.
“Perhaps?
Your stereotype answer…hmm okay. Aaa…your number?
Jangan pandai nak mengelat pulak.” Ariff memberi amaran.
Fara sengih, mamat ni memang kenal aku
lagi. Untung jugak naik LRT hari ni.
No comments:
Post a Comment