WiLLkOmmeN

and Remember What y0u Had

Keep An Eye On Me =)

Tuesday 17 September 2013

L0Ve What y0u Have...: Why??? This ain't Right in Any Ways

L0Ve What y0u Have...: Why??? This ain't Right in Any Ways

Why??? This ain't Right in Any Ways

Assalamualaikum.Hi, so long I haven’t appeared here. I miss writing, but that doesn’t exceed my love to reading.I want to write a lot, but the time doesn’t allow. Yeah, it’s an excuse, indeed.You know what I’ve gone through for the past few months?  I want to get married. A lot!! Sadly, I hadn’t, and still, haven’t met that Mr. Right yet. Ya, yet. Am waiting for that yet to come. Seriously, desperately.Desperate? Hmm… judgmental no please. Hehe…Hmm.. I got a tale, a serious, painful and pitiful tale. Why? Because you always let something goes just because you want others’ happiness and perhaps you think you are not the right one to be in that situation, to have that thing perhaps, to control the situation etcetera.Whatever, it is a story, and has been a history. Early April, someone called me, someone you know, but you have never talked to him, not even a greet.You know how I feel? I didn’t know, it just happened, and feel...good. He is my cousin. I know him, his name, haha..I know quite many things about him. And, he is a handsome guy. =) Dia call aku, tell me he wanted to get engaged, next week. Entahlah, I felt nothing actually. Aku anggap dia sebagai sepupu ja, he is anyway. Huhu…Dia tanya aku bila aku nak kahwin, kebetulan aku memang tengah mencari pun. Tapi susah la nak jumpa, kita bukan beli ayam goreng Mydin, ayam goreng Mydin pun banyak pilihan, susah nak pilih. Masalahnya sekarang, tak ada pilihan. I have no short list. Hehe…I took that opportunity untuk bagitau dia tolong carikan since dia pun orang baik-baik. I told him not to tell anyone, sebab aku just percayakan dia. Even, aku tak pernah bgtau mak aku pun. Sebab? Malu, dan beberapa sebab lagi yang cukup lebar kalu nak explained.Dia call di saat aku memang tengah cari calon, and dia akan bertunang pada minggu depan? Tak tau la patut rasa apa sebenarnya. Dia bagitau, “ mak aku tanya hari tu, (MY NAME) tak mau ka? And dia gelak, tak bagitau pulak jawapannya. Hmm…aku mula rasa something, I minat dia, sebab dia handsome, handsome penting ye, even nak pilih between dua imam yang sama kelayakan pun kena tengok their wives dulu to make sure imam tu khusyuk, so penting la kan? Dia terror bab2 agama ni, paling penting, bertanggungjawab bukan kelas ke2, he is the 1st class, mana mahu cari laki macam ni these days kan? Ada pendapatan yang lebih dari cukup. Aku tak sedih dia tak pilih aku, just rasa something bila dia bgtau mak dia tanya pasai aku? Rasa yang aku xleh explain in words. Start dari hari tu dia mula duk call aku, kerap la jugak, especially malam. Aku tak tau la, aku ni sunyi kan, so aku rasa macam best jugak la ada orang duk call ni. Macam mana pun, aku tak brapa sedap hati sangat bila dia kerap sangat duk call aku, malam pulak tu. Memang tak ckp bnda-bnda tak senonoh, tapi still, he is a GUY! And dia adalah tunang orang. Aku tau berdosa, tapi… bila dia call aku tetap nk jawab, aku tak berdaya nak bagitau dia hang jangan call aku lagi sbb bnda ni, bnda ni suma. Aku tak boleh even aku tau apa yang kami buat ni salah. And, it happened, aku balik for a short break, dia ambik aku kat airport, sent me to bus station. Otw tu, kami sembang even aku mmg xpnah sembang ngan dia and mana-mana cousin laki aku. Aku mmg xpenah. Dia cakap dengan aku, mak dia tau dia selalu call aku, dia bgtau mak dia, dia salu call aku sbb aku ni xdak ayah, so dia just nk ambik berat. Terharu, ye kot? Haha…Then, kami sembang pasai tunang dia, aku tengok gambar tunang dia etc. sampai kat bus station, before aku farewell dia, aku cakap la tentang keadaan kami yang buat aku x comfort and rasa berdosa ni, aku rasa kami berdosa, tak patut and paling penting aku kesian kat tunang dia, kalau aku, nak ka tunang aku duk baik dengan perempuan pain? even that girl adalah sepupu anda kan? Aku explain all the stuffs, alhamdulillah, he got me, and pas tu dia dah tak call aku lagi. Apa aku rasa? Aku rasa dia faham la apa yang aku cakap tu, and mungkin dia terasa jugak, dia kan laki, aku bgtau dia indirectly apa yang kami buat ni xelok. So, mungking ego dia rasa sth(something) kot. Afterwards, dia ada la jugak call aku, ckp sat2 ja, tnya aku ok ke tak. Haha… pelik kan manusia ni? Sibuk nak jaga semut di seberang laut. Tapi, aku memang suka pa yang dia buat since aku suka dia, belum jatuh tahap meroyan lagi ye! Suka atas sbb criteria2 yang aku sebut kat atas tu. Masa berjalan, dia takkan tunggu sapa2, esp. aku. And dia pun kawen dengan tunang yang diaturkan mak dia, and dia pun bekenan la dengan girl tu. 2 bulan lepas tu kot, tak ingat la, aku ada problem, aku tak boleh nak cakap dengan sapa2, mak? Aku tak suka mak susah hati, adik2? Nama pun adik kan, aku tak mahu adik2 aku tak happy. Kawan? Lagi la, hampagas! Jadi, macam salu, aku cita kat diri aku sendiri, aku anggap ada orang yang tengah cakap dengan aku, tengah tanya masalah aku, and aku cita suma kat karakter ciptaan aku tu. Sebenaqnya, aku cuma teringat dia ja bila aku ada masalah, tapi, dia husband orang, xkan aku xckup akal nak call dia plak kan? So aku duk diam2 je la. Cita kat diri sendiri.Then, sebulan lepas 2 or 3 bulan lepas tu. Dia call aku, tgh hari. Aku ingat kan ada hal apa, nak tempah …. ka, sbb aku mmg ambik tempahan benda tu. Tapi, tau dak dia call sbb apa? Nak tanya aku sihat ke tak, bgtau aku nxt week dia nak mai K.L etc. Kiranya bagi aku call tu langsung tak penting la. And, he asked, bila nak kawen? Aku rasa dia saja ja nak tnya. Mcm tak relate ja question dia tu dgn apa yang kami duk sembang before tu. Aku cakap la aku tgh tggu progress dia, cakap nk tolong aku kan, so mana hasilnya? Sembang ja lebih aku kata. Dia cakap haish dia memang tgh usaha ni, jgn sebarang cakap. Hoho… ye la tu. Aku mmg dah tak letak harapan dah dia akan dapat cari jodoh utk aku. Dia cakap aku byk sgt ngokngek, tu yg pyh nk dapat. Oh my! Aku sembuq la dia, dia tu nak cari hari tu pun nk demand mcm2, kenapa aku xleh, apa beza aku n dia? Apa lebihnya dia? Time aku tgh duk membantai dia tu, dia cakap hang kawen dengan aku tak mahu!  2, 3 kali jugak la dia duk ulang. Hmm.., dah terlambat utk tu. Kenapa hang tau hang suka aku, kenapa you wont do anything back then? Kenapa hg teguq aku waktu hg dah nk jadi tunang orang? Kenapa tak straightforward ja bgtau aku? Semua dah terlambat. Aku cakap la, kalu hang tu tak kawen lagi boleh la jugak , ni dah jadi laki orang, pastu nak aku kawen dengan hang plak. Dia gelak and cakap aku boleh kawen 4, tu lagi la statement nak kena penampaq tawaq dgn aku la kan. Aku happy, happy tau dia suka aku, dia pernah suka aku. Dan masih. Sedih, sedih sbb bnda tu impossible utk berlaku. Aku tak nafi, everytime aku ada problem, aku cuma nampak dia, tapi nak buat cm mana lagi. Allah knows wht’s best for His servant. Aint He?Jadi aku percaya, Dia akan bagi yang terbaik utk aku bila smpai masa tu nanti. Cuma aku perlu jadi yang terbaik jugak utk dapat yang terbaik tu. Janji Allah kan pasti. =) 

Tuesday 18 June 2013

Chapter 2 ^_^

Jadual di seat sebelah di pandang sekilas. Dan dia pandang lagi sekali. Sudahnya kereta dibrek mengejut di bahu jalan. Alamak…mampus kali ni. Laju tangan dan matanya menganalisa jadual berwarna kuning itu. Dia baru sedar rupanya hari ni jadual kelas pagi. Pukul 10 pulak tu. Dia baru berkira-kira nak melawat rumah keknya yang dah berapa hari tak terziarah tu. Ish…tak boleh jadi ni. Dia menukar haluan kereta, sepantas mungkin dia harus tiba di International Language Centre. Mana boleh lambat! Dah la ni first class. First impression tu penting… Dia seolah-olah memberitahu diri sendiri.
Ahh..kacau kalau aku terlewat hari ni. Tak pernah terjadi dalam salasilah hidup aku ni…Konon! Adoii...kereta ni apasal aku rasa macam tak berapa nak gerak je. Meter elektronik di dashboard kereta sudah menunjukkan angka 150. Alaa...tak buka cermin, bukan rasa sangat kereta tu macam dah nak terbang sebenarnya.
Tanpa amaran dia berhenti di bahu jalan dengan kelajuan membunuh! Dia melihat jam yang cantik di tangannya itu untuk kali yang entah ke berapa. Kurang pasti. Pandangan di hala ke arah jalan yang bertali arus dengan kenderaan. Dia berkira-kira sendiri. Kalau aku bawak 150 guna jalan ni? Ish…dia mengimaginasikan jalan-jalan yang bakal dilalui sebentar lagi. Dia menggeleng laju, tak cukup masa! Campur tolak dengan kereta-kereta yang duk berjoget kat jalan ni, sudahnya nanti dia akan berada di jalan sampai habis kelas.
Tombol gear auto ditolak, kereta bergerak laju meninggalkan bahu jalan yang belum habis terkejut diterjah kereta putih ala-ala coklat itu. Scene itu memang sebijik seperti tayar kereta yang berdecit waktu hero Korea nak kejar makwe kat airport tu.Ha...gitu la gayenye. Tapi si minah ni nak kejar something yang sekali pergi dah tak kembali! Bukan mati yang pastinya.
Kereta SUV itu terus berlari di atas aspal dengan kelajuan ala-ala nak mengalahkan MINICHAMPS 400 100094 yang digunakan dalam perlumbaan Formula 1 di litar Sepang. Dengan kelajuan itu dia berharap dapat sampai di Pusat Bahasa dengan seberapa segera yang mungkin. Dia akan tumpangkan keretanya di park berbayar berdekatan stesen LRT yang bakal di tuju, dan kemudian dari situ dia akan menaiki LRT, dari stesen LRT pula  dia akan menapak beberapa minit untuk sampai ke ILC. Cara ni rasanya lebih bagus dari drive laju-laju akhirnya sampai lambat jugak sebab banyak makhluk-makhluk lain yang berpusu di jalan. So, jalan selamat ialah naik je public transport. Gaya nak mengampu kerajaan la ni. Ish…astaghfirullahalazim…
ADOIII… Ni lagi satu typical problem nih… Dalam LRT tak ada vacant seats pagi-pagi nih. Nak kena jadi permanent model la kan kat tengah-tengah tiub ni dicampur dengan unstable tiub yang asyik buat orang ke kiri, ke kanan and ke belakang suka-suka hati dia. Sudahnya, dia jugak yang duk terkial-kial pegang sana, paut sini, macam kucing jatuh telaga.
Matanya buat round check 180 darjah.
Kiri.
Kanan.
And second round, double check. Hahaha…
Kiri and…kanan.
Nafas dihembus, memang tak ada seat kosong lah. Dia lupa, ini Putra, patut ramai semacam, tambah-tambah dia masuk time waktu-wakitu genting ceng gini, memang padan kena berdiri la. Hmm…kuatkan otot lutut la nampak gayanya. Tangannya memaut tiang di tengah-tengah LRT yang memang disediakan khas untuk orang berdiri gamaknya. Dengan baju pink tu memang dah lebih dari cukup la untuk buat dia glamour sepanjang perjalanan.
Ushh…ramai gila manusia hari ni. Apasal la dorang ni sibuk nak keluar hari ni. Hari lain tak leh ke? Beberapa orang mamat sengal kelihatan cuba menghidupkan fius scanner ke atas dirinya. Ni yang aku tak suka naik public transport nih! Ada je scanner tak dapat tauliah nak berkerja. Semua speisis mata yang nak kena ban!
Dengan kelajuan normal LRT itu tiba di satu stesen. Ye, memang ramai penumpang yang tunggu nak serbu je bila sliding door tu bukak. Sebelum diorang masuk, kepala kat sini dah pening memikir sepadat mana tuna dalam tiub ni selepas melihat kepada jumlah manusia di luar tiub tu.
Adoiii…ni yang tak suka ni… sabar je la Fara, kau bukan puteri Sultan Brunei nak ngada-ngada, dan for sure ini bukan LRT bapak mertua kau.
Dia melihat di pintu masuk-keluar, yang nak serbu keluar tak ada ke ni?? Dia memandang sekeliling, hanya beberapa orang sahaja yang kelihatannya bersiap-siap untuk keluar dari tin sardin. Nampak gaya memang bertambah la isipadu tiub LRT ni. Hmm…
Penumpang berpusu-pusu masuk ke dalam LRT. Dia mengelak seboleh mungkin dari dilanggar todak-todak yang baru masuk. Tiba-tiba tengah sibuk duk mengecilkan diri rasa tubuhnya dilanggar kuat, hampir-hampir nak jatuh, bukan hampir, memang nak jatuh pun. Tapi…
“Oh my…aaaaaa…” 
“Err…sorry, sorry…” Cepat-cepat lelaki itu menariknya dari membuat ritual ala-ala orang Korea menyembah nenek moyang mereka. Nasib baik aku tak tersembam! Kalau tidak…model of the day la aku hari ni. Tangannya kembali dipaut ditiang tengah LRT, ready nak cakap ‘thanks’  kat mamat yang hampir menyembamkannya dan jadi hero kasi dia tak sembam. Namun, belum sempat dia nak dongak tengok mamat tu…
“Hey, is it really you?” Lelaki itu menyapanya dengan gaya kenal gila. Dia pula yang terkulat-kulat fikir. Apa mamat ni? Wajahnya didongakkan sikit, nak tengok manusia yang yang cakap ‘is it really you?’ tu.
“Aaa…” Nak cakap, tapi tak terkeluar sebab terkejut badak punya pasal.
“I Ariff…Ikhwan…kalau you tak ingat??” Sepatah-sepatah lelaki itu memperkenalkan dirinya. Atau barangkali cuba memulihkan ingatannya sambil menyertakan soalan duga ingatan?
Belum sempat dia membuka mulut. Lelaki itu lebih dulu bersuara. “Fara kan?”
“I know you are. What a pleasant surprise!” Pemuda itu tersengih lebar.
Yup…this guy… Mana boleh lupa, teman sehidup semati time sekolah, budak manja. And…budak yang aku rindu…time tengah sedih je la.
Tengok sekali memang dia kurang perasan, mamat yang suka gaduh dengan dia time old school dulu rupanya. Dah jadi macam orang lain, even not totally different, but still...masa akan mengubah anybody, in many ways. Mana la dia nak perasan kalau setakat sekilas pandang ikan di air. Memang dia tak tau la jantan betinanya.
Hi…long time no see… Still remember me? My pleasure…”  Ucapan ikhlas dari hati yang so-so je la. Mana boleh yang paling dalam. Hehehe…. Terharu.
Tapi lagi haru kalau dah jumpa mamat siot ni. Memang haru la hidup aku nanti dibuatnya.
Of course I am! At a glance, I know it’s you.” Ariff tersenyum riang. Dalam LRT serabut ni jumpa awek lama. Sapa tak suka.
“Anyway…how’s life?” Ariff bertanya. Senyum di bibirnya tak lekang. Sesuatu yang dia suka tentang lelaki itu.
Dia mengangguk perlahan. “Great…how bout you?” Ni bukan nak ikut protokol ye. Serious nak tau, bagaimana hidup mamat yang suka buat hal ni.
“As you can see…
I’m doing very well. Mana hilang? Abroad?” Ariff serious bertanya.
“Nope…but yes…” Teka-teki la konon.
Ariff mengangkat kening sebelah. “Nope…but yes? Meaning???” Dia keliru. Minah ni tak habis lagi ke dengan perangai lama dia.
“Hehehe…abroad ye, tak abroad pun ye jugak, just kita je yang tak da rezeki nak jumpa or terjumpa perhaps. I kat sini after we quit that day. Then I was leaving Malaysia. You kat sini ke lepas tu?”
Lagak macam hidup zaman batu je, boleh pulak lost contact dengan the very closest one. Yeah...the very the one.
Lepas tu…? Ariff senyum sendiri. “I kat sini jugak, then abroad, then balik sini.” Dia memandang gadis dihadapannya. Dengan senyuman. “Macam you jugak.”
“0oo…you seem doing very well. Nak gi mana ni?” Dia menukar topik. Lemas dah duk ingat-ingat zaman kegemilangan tu.
On my way, meeting my beloved brother, you?” Ariff sengih. Fara dipandangnya atas bawah. This girl…pakai apa pun cantik.
 “I ada kelas…bahasa…” Fara membalas lambat-lambat. Duduk dengan dia ni memang awet muda la.
“I see…so…bila boleh jumpa lagi?” Kening sebelah diangkat. Mahukan kepastian.
Anytime…bila ada rezeki, perhaps.” Fara turut mengangkat kening tanda tidak pasti.
“Perhaps? Your stereotype answer…hmm okay. Aaa…your number? Jangan pandai nak mengelat pulak.” Ariff memberi amaran.
Fara sengih, mamat ni memang kenal aku lagi. Untung jugak naik LRT hari ni.





Friday 11 January 2013

Chapter 1 =)

Hujan renyai-renyai dinihari itu tidak menghalang dia dari bangun untuk mengerjakan sembahyang subuh seperti selalu, sama, seperti semenjak belasan tahun yang lalu… sejak dia mula mengenali solat. Credit to them! Parents. Terima kasih, kerana sekarang dia tahu mengapa kita sebagai umat yang mengakui Islam itu dengan lidah dan beriman dengannya melalui hati harus menjadikan solat yang merupakan tiang agama itu sebagai pendamping hari-hari kita bagi menempuh setiap dari masa kehidupan ini dengan redha, rahmat dan belas kasihan Allah S.W.T.

Cuma bezanya hari ini ialah dia tidak lagi dikejutkan oleh ayahnya seperti suatu waktu dulu, dia tidak lagi dibangkitkan dengan ketukan dipintu oleh mamanya seperti suatu ketika dahulu, dia bangun sendiri. Itu pun lepas buat perjanjian dengan telefon bimbitnya beberapa tahun lalu la. Kalau tidak… wassalam la jugak kan. Kadang-kadang ada juga harinya dia ‘ter’langgar dokumen perjanjian tu, penat barangkali? Memang tak sudah dengan ayat membela diri!

Angin pagi itu sungguh menggigit diri. Giginya yang terkena air paip semasa berkumur terasa ngilu, macam sapu ais krim kat gigi sendiri je rasanya. Tapi, alang kepalang dah bangun, dia redah juga air dingin beku tu. Lagipun mandi awal ni boleh cantikkan badan tau! Walla we…ikhlas ke tak ni bangun? Nak body solid or nak pahala ni?  Well…anything kat dunia ni lebih baik dua dari satu kot, ye ke? Poligami terkecuali ye! Advance warning! Hehe…apa yang aku merepek pagi-pagi nih? Hish, nak solat tahajjud dengan hajat, ini pun tak awal mana, jadi kena cepat lah sebelum masjid yang bukan sekangkang kera dari rumah nya tu mengumandangkan azan subuh.

Angin yang berhembus bersama titisan air dingin itu sangat nyaman untuk dijadikan alasan berkubang semula atas tilam setebal burger beef double cheese yang duk memanggil-manggil sejak tuannya tinggalkan katil sedari awal dinihari.

Dirinya pula, nak kata tak tergoda, nanti dituduh bohong berspotlight pulak, tetapi untuk bermalas-malasan diatas katil yang physically lembut and sedap gila dengan tilam SweetDream 10 inci tu merupakan suatu kerugian besar. Bagaimana anda boleh melepaskan saat emas beribadah kepada Tuhan yang Agung hanya kerana tidur yang nikmatnya sudah terang lagi bersuluh, memang tak sampai ke mana? Dah tu, bangun lewat semua kerja tak jadi. Haaa...barulah nak nyesal apesal la aku tak bangun awal...??? kalau aku tak tidur semula lepas subuh tadi, aku sempat buat itu, buat ini, kalau la aku bangun pukul 10 tadi sempat lah aku melenyek pisang buat cekodok and so on and so forth, dan banyak lagi la kalau dan berkalau-kalau kalau dah bangun lewat tuh. See? Tak caya? Try! Orang cakap, bukan saya cakap ye, when a person tells a story, usually that person have already experienced those particular things, really? By the way, i’m not an angel, alasan lagi tuh...but, it is masalahnya, saya memang bukan malaikat, jadi haruslah kadang-kadang saya tersubuh gajah kan? Alasan!!!

Azan yang dilaungkan oleh bilal masjid kawasan perumahan elite itu sayup-sayup kedengaran di telinganya. Dia bergegas bangun setelah azan selesai dilaungkan. Tasbih ala-ala elektronik yang dibuat dari keluli stainless steel itu diletakkan di atas rak kayu oak yang diatasnya terdapat beberapa buah al-Quran dari pelbagai mushaf dan saiz, juga kitab-kitab kecil dan buku-buku doa dan zikir harian yang pelbagai warna tapi tak pelbagai bentuk, square and rectangle je.

 Di atas sejadah merah hati yang sedia terhampar itu dia mula melaksanakan tuntutan Maha Esa ke atas dirinya. Berusaha kusyuk semampunya. Seperti sekian kalinya selepas solat dan memohon keinginannya pada Sang Pencipta yang Esa, dia akan membelek hujung sejadah buatan Itali itu. Walau setiap hari dibelek pun dia tetap tidak dapat menahan keinginan untuk tetap membeleknya sambil melafazkan zikir pagi. Beberapa minit kemudian kedengaran nada Gym Class Heroes feat Adam Levine. Sejadah itu segera disangkut pada ampai oak coklat tua bersama telekung yang materialnya dari sejenis kapas yang didapati di Turki.

Handphone berwarna putih di atas tilam diambil perlahan. Lagaknya seperti tak berapa nak kisah tentang SMS yang baru saja mendarat di dalam inbox handphonenya. Tetapi sebenarnya dalam hati tu melompat-lompat nak tau siapa laa... gerangannya yang menghantar SMS pagi-pagi hari macam ni. Beberapa butang pantas di tekan.

Sis Nadia : Salam, da bgn ke?

Fara ade clas x hari ni?? Akak msk lbih pg ni, dtg umh ye.. J

See??? Ni la dia kejayaan pertama bangun awal hari ni, kan awal-awal pagi lagi Allah dah bagi rezeki. Dalam setiap keadaan, Allah tu selalu pemurah. Dia tersengih lebar. Hehehe…tak payah la aku mengadap  meja dan bangku pagi ni.

Fara: wslm.. pg akak..hehe

Ad clas, ok2 jap lg hamba tiba, hehe..tq kak. ;)

Nasib baik ada Kak Nadia. Baru la terasa macam ada sorang kakak kat dunia ni. Dia menggumam sendiri sambil jari jemarinya tak henti-henti menggosok skrin telefon bimbitnya.

Dia kemudian tergesa-gesa membuka pintu almari yang tingginya hingga ke siling bilik itu. Satu persatu baju yang sudah siap digosok itu diselak. Lagaknya macam lah ada yang sedang menunggunya di luar gate. Baju apa aku nak pakai ni…ni lagi satu hal, gaya selebriti je pilih baju pun. Ini lah satu-satunya masalahnya. Sesak otak nak memikir baju apa yang harus dipakai untuk menjalani rutin hariannya.

“Yes!!!” Dia menjerit sambil memetik jari. Cari pakar perunding untuk tolong pikir baju apa aku nak pakai. Hahaha…geliga sangat la kan otak aku. Akhirnya dia membuat keputusan memakai sut merah jambu yang dihadiahkan oleh seorang temannya di New Zealand. Gadis berdarah campuran Perancis-Rusia itu memberi sepasang baju merah jambu kepadanya sempena keberangkatannya pulang ke Malaysia lewat lima tahun lalu.

Dia berpusing-pusing di hadapan cermin panjang yang terdapat di bilik itu dengan sut pink yang belum disarung ke badan. Lagak macam dah pakai baju je berspusing-pusing sakan. Selesai mengambil apa yang patut untuk dibawa ke kelas, dia bergegas ke bilik mandi dan segera bersiap.

Seluar merah jambu dari material jenis denim itu dipadankan dengan sehelai kemeja warna krim cair yang diperbuat dari kain jenis cotton berlining, labuh hingga ke paras paha, kemudian dia menyarung sehelai blouse corb coral dari jenis linen nipis warna merah jambu melepasi paha ke atas kemeja tadi. Dia menutup kepalanya dengan sehelai tudung abstrak Italia dengan tona merah delima, merah jambu dan putih. Penampilannya tampak kemas dan ringkas, bagai mahu melangkah ke medan catwalk sahaja lagaknya. Oleh kerana ini adalah hari pertamanya nak mencuba trick di kelas bahasa, jadi dia harus memastikan segalanya berjalan seperti yang diinginkan. Jangan ada yang berlaku diluar jangkaan pula. Bukan dia tidak kenal dengan dirinya yang selalu buat kejutan tak terduga tu. Hmm…nama pun kejutan kan? So, it must be something unexpected la

Beg, kunci kereta, buku nota dan beberapa buah buku yang dirasakan perlu untuk rujukan nanti diletakkan di atas meja bulat, betul-betul di tepi pintu utama banglonya. Almari kasut diselongkar kelam kabut, matanya melilau mencari kasut yang telah diset awal-awal di dalam kepala tadi. Hmm…ini dia! Sepasang kasut bertutup warna beige ditarik keluar dan diletakkan dihadapan pintu. Dia lantas menyarung sandal dan laju bergerak ke rumah Kak Nadia yang berjiran dengannya. Langkah diatur perlahan apabila dia sudah mendekati gate banglo dua tingkat yang dicat dengan tona krim dan hijau lumut itu. Bimbang juga nanti dikata dikejar anjing pula pagi-pagi buta begitu masuk ke rumah jiran bersebelahan pun termengah-mengah lagak baru habis inning 1000 meter je. Fffuhhh… Nafas ditarik dalam-dalam dua tiga kali sebelum tangannya laju mengetuk pintu, lupa pada switch loceng yang cantik menempel di dinding hijau itu.

“Hai sayang…” Iskandar menyapa isterinya yang kelihatan sibuk mengurus dapur dan anak-anak pagi itu. Nadia menoleh dengan senyuman berkuntum-kuntuman di bibir. “Hai…tak payah jerit hari ni, awal abang turun?” Nadia bertanya pelik dengan dahi sedikit dikerutkan, konon nak tunjuk yang suaminya memang pelik pagi itu.

“Eh, ye ke?” Iskandar ketawa senang. “Saja tak nak jiran kita dengar ayang jerit hari ni, jeles abang ayang asyik kasi jiran-jiran dengar suara ayang yang lemak manis tu hari-hari.” Hahaha… Dia ingin mencubit pipi mulus isterinya tetapi lengannya dulu menerima penangan dari Nadia.

“Ngada abang ni, tunggu apa lagi tu, makan la bang. Kang lambat…tak sempat pulak nak makan…” Milo panas dituang kedalam beberapa cawan dan disuakan kepada suaminya yang tiba-tiba buat muka macam tak pernah tengok nasi lemak saja lagaknya.

“Kenapa bang?” Nadia memegang bahu suaminya sambil kepala sedikit terjengul melihat wajah yang tiba-tiba buat pelik tu. Iskandar perlahan-lahan mengunyah nasi lemak.

“Rasa something pelik ke bang?” Kalut Nadia bertanya. Suaminya tersengih.

“Apa la sayang ni, bagi la abang telan dulu, tak sempat nak digest dalam mulut lagi ni cayang oi...” Dia menarik cawan milo dan beberapa teguk air keroh ala-ala sungai banjir tu melalui kerongkongnya sebelum dia menyambung bicara dengan Sang isteri yang dah bermuka jeruk kelubi tak jadi tu.

“Sedap la sayang, ayang bukak je la kedai nasi lemak depan banglo ni. Tak yah abang sibuk-sibuk gi keje lagi dah” Iskandar menyakat isterinya. Nadia mencebik, bahu Iskandar ditampar perlahan. Ye-ye je cakapnya.

 “Habis yang abang buat muka pelik tu kenapa?”

“Pelik la, dah sayang masak banyak sangat pagi ni abang tengok. Nak suruh abang bawak bekal ke ni?” Iskandar sengih melihat isterinya yang tak puas hati.

“Tak la bang, Nadia ajak Fara sarapan kat sini, dah lama tak ajak dia breakfast sekali. Kalau abang nak bawak bekal pun apa salahnya…nak ke?” Nadia pula mengambil giliran menyakat suaminya.

“Ha, tu dah datang kot, dengar macam orang bagi salam je.” Iskandar memuncungkan bibirnya ke arah ruang depan banglo mereka.  

“Panjang umur budak ni, baru sebut je dah sampai, jap Nadia gi bukak pintu.” Laju dia bergerak ke arah pintu utama. Memang sah yang berdiri di hadapan pintu banglo itu ialah orang yang dijemputnya subuh tadi. Si Fara ni memang penyakit sikit. Kalau dengar ketuk pintu dan bagi salam tu, memang tak salah, ini la makhluknya. Mesti. Entah apa masalahnya tak suka benar guna loceng tu.

“Wah! Nak gi fashion show ke Fara? Lawa semacam je hari ni.” Terpegun sekejap dengan penampilan gadis tinggi lampai itu.

Nadia memandang gadis dihadapannya atas bawah. Fara sengih. Comel benar la sengihnya tu.

“Selalu saya tak cantik ke kak?” Nadia ketawa mendengar soalan Fara. Ada-ada je idea budak bertuah ni.

“Ada-ada je kamu ye…dah, meh masuk, abang Is pun dah nak habis makan agaknya tu.”

“Waaaaahhhh…Kak Faraaa…pinknye…” Marissa, anak sulung Kak Nadia menegur dengan pandangan kagum bercampur takjub barang kali. Matanya bagai melekat mengekori pergerakan Farah.

Tiba giliran Iskandar pula yang memandang Fara atas bawah, dengan stokin pink lembutnya. Ish…Kak Nadia laki bini ni tengok aku semacam je. Nak kondem ke nak puji ni, Fara sudah mula mengomel sendiri. Nak kena prepare jawapan SPM la pulak pagi-pagi buta ni.

“Fara baru jatuh dalam coklat strawberry ke?” Iskandar bertanya dengan nada bergurau. Tawa dihujungnya. Kak Nadia tak lepas peluang. Tumpang sekaki, ketawa je dia sambil menyenduk nasi ke dalam pinggan.

Fara, seperti habitatnya. Sengih je dia tau. Mengiyakan tidak, mengangguk tidak, geleng pun tidak.

Selepas beberapa kunyahan ditelan. Baru terasa ada point nak cakap. “Hari ni first day Fara masuk class.”

“Akak ingat Fara dah masuk kelas dah hari tu.” Nadia menarik kerusi untuk duduk di sisi Iskandar.  Marina pula didudukkan di ribaannya.

“Tak la kak. Hari tu Fara pergi register je”

“0oo…patut la pinky semacam hari ni. Lecturer nanti laki ke perempuan?” Iskandar bertanya  mengusik.

“Hehehe…tak tau lagi, dorang jumble katanya. Itu pasal kena terjun dalam coklat hari ni, kasi mellow sikit lecturer nanti kalau yang laki tu.” Fara ketawa. Sengal! Macam bagus je jawapan. Kak Nadia dan Iskandar turut sama ketawa sambil menggeleng.