WiLLkOmmeN

and Remember What y0u Had

Keep An Eye On Me =)

Tuesday 18 June 2013

Chapter 2 ^_^

Jadual di seat sebelah di pandang sekilas. Dan dia pandang lagi sekali. Sudahnya kereta dibrek mengejut di bahu jalan. Alamak…mampus kali ni. Laju tangan dan matanya menganalisa jadual berwarna kuning itu. Dia baru sedar rupanya hari ni jadual kelas pagi. Pukul 10 pulak tu. Dia baru berkira-kira nak melawat rumah keknya yang dah berapa hari tak terziarah tu. Ish…tak boleh jadi ni. Dia menukar haluan kereta, sepantas mungkin dia harus tiba di International Language Centre. Mana boleh lambat! Dah la ni first class. First impression tu penting… Dia seolah-olah memberitahu diri sendiri.
Ahh..kacau kalau aku terlewat hari ni. Tak pernah terjadi dalam salasilah hidup aku ni…Konon! Adoii...kereta ni apasal aku rasa macam tak berapa nak gerak je. Meter elektronik di dashboard kereta sudah menunjukkan angka 150. Alaa...tak buka cermin, bukan rasa sangat kereta tu macam dah nak terbang sebenarnya.
Tanpa amaran dia berhenti di bahu jalan dengan kelajuan membunuh! Dia melihat jam yang cantik di tangannya itu untuk kali yang entah ke berapa. Kurang pasti. Pandangan di hala ke arah jalan yang bertali arus dengan kenderaan. Dia berkira-kira sendiri. Kalau aku bawak 150 guna jalan ni? Ish…dia mengimaginasikan jalan-jalan yang bakal dilalui sebentar lagi. Dia menggeleng laju, tak cukup masa! Campur tolak dengan kereta-kereta yang duk berjoget kat jalan ni, sudahnya nanti dia akan berada di jalan sampai habis kelas.
Tombol gear auto ditolak, kereta bergerak laju meninggalkan bahu jalan yang belum habis terkejut diterjah kereta putih ala-ala coklat itu. Scene itu memang sebijik seperti tayar kereta yang berdecit waktu hero Korea nak kejar makwe kat airport tu.Ha...gitu la gayenye. Tapi si minah ni nak kejar something yang sekali pergi dah tak kembali! Bukan mati yang pastinya.
Kereta SUV itu terus berlari di atas aspal dengan kelajuan ala-ala nak mengalahkan MINICHAMPS 400 100094 yang digunakan dalam perlumbaan Formula 1 di litar Sepang. Dengan kelajuan itu dia berharap dapat sampai di Pusat Bahasa dengan seberapa segera yang mungkin. Dia akan tumpangkan keretanya di park berbayar berdekatan stesen LRT yang bakal di tuju, dan kemudian dari situ dia akan menaiki LRT, dari stesen LRT pula  dia akan menapak beberapa minit untuk sampai ke ILC. Cara ni rasanya lebih bagus dari drive laju-laju akhirnya sampai lambat jugak sebab banyak makhluk-makhluk lain yang berpusu di jalan. So, jalan selamat ialah naik je public transport. Gaya nak mengampu kerajaan la ni. Ish…astaghfirullahalazim…
ADOIII… Ni lagi satu typical problem nih… Dalam LRT tak ada vacant seats pagi-pagi nih. Nak kena jadi permanent model la kan kat tengah-tengah tiub ni dicampur dengan unstable tiub yang asyik buat orang ke kiri, ke kanan and ke belakang suka-suka hati dia. Sudahnya, dia jugak yang duk terkial-kial pegang sana, paut sini, macam kucing jatuh telaga.
Matanya buat round check 180 darjah.
Kiri.
Kanan.
And second round, double check. Hahaha…
Kiri and…kanan.
Nafas dihembus, memang tak ada seat kosong lah. Dia lupa, ini Putra, patut ramai semacam, tambah-tambah dia masuk time waktu-wakitu genting ceng gini, memang padan kena berdiri la. Hmm…kuatkan otot lutut la nampak gayanya. Tangannya memaut tiang di tengah-tengah LRT yang memang disediakan khas untuk orang berdiri gamaknya. Dengan baju pink tu memang dah lebih dari cukup la untuk buat dia glamour sepanjang perjalanan.
Ushh…ramai gila manusia hari ni. Apasal la dorang ni sibuk nak keluar hari ni. Hari lain tak leh ke? Beberapa orang mamat sengal kelihatan cuba menghidupkan fius scanner ke atas dirinya. Ni yang aku tak suka naik public transport nih! Ada je scanner tak dapat tauliah nak berkerja. Semua speisis mata yang nak kena ban!
Dengan kelajuan normal LRT itu tiba di satu stesen. Ye, memang ramai penumpang yang tunggu nak serbu je bila sliding door tu bukak. Sebelum diorang masuk, kepala kat sini dah pening memikir sepadat mana tuna dalam tiub ni selepas melihat kepada jumlah manusia di luar tiub tu.
Adoiii…ni yang tak suka ni… sabar je la Fara, kau bukan puteri Sultan Brunei nak ngada-ngada, dan for sure ini bukan LRT bapak mertua kau.
Dia melihat di pintu masuk-keluar, yang nak serbu keluar tak ada ke ni?? Dia memandang sekeliling, hanya beberapa orang sahaja yang kelihatannya bersiap-siap untuk keluar dari tin sardin. Nampak gaya memang bertambah la isipadu tiub LRT ni. Hmm…
Penumpang berpusu-pusu masuk ke dalam LRT. Dia mengelak seboleh mungkin dari dilanggar todak-todak yang baru masuk. Tiba-tiba tengah sibuk duk mengecilkan diri rasa tubuhnya dilanggar kuat, hampir-hampir nak jatuh, bukan hampir, memang nak jatuh pun. Tapi…
“Oh my…aaaaaa…” 
“Err…sorry, sorry…” Cepat-cepat lelaki itu menariknya dari membuat ritual ala-ala orang Korea menyembah nenek moyang mereka. Nasib baik aku tak tersembam! Kalau tidak…model of the day la aku hari ni. Tangannya kembali dipaut ditiang tengah LRT, ready nak cakap ‘thanks’  kat mamat yang hampir menyembamkannya dan jadi hero kasi dia tak sembam. Namun, belum sempat dia nak dongak tengok mamat tu…
“Hey, is it really you?” Lelaki itu menyapanya dengan gaya kenal gila. Dia pula yang terkulat-kulat fikir. Apa mamat ni? Wajahnya didongakkan sikit, nak tengok manusia yang yang cakap ‘is it really you?’ tu.
“Aaa…” Nak cakap, tapi tak terkeluar sebab terkejut badak punya pasal.
“I Ariff…Ikhwan…kalau you tak ingat??” Sepatah-sepatah lelaki itu memperkenalkan dirinya. Atau barangkali cuba memulihkan ingatannya sambil menyertakan soalan duga ingatan?
Belum sempat dia membuka mulut. Lelaki itu lebih dulu bersuara. “Fara kan?”
“I know you are. What a pleasant surprise!” Pemuda itu tersengih lebar.
Yup…this guy… Mana boleh lupa, teman sehidup semati time sekolah, budak manja. And…budak yang aku rindu…time tengah sedih je la.
Tengok sekali memang dia kurang perasan, mamat yang suka gaduh dengan dia time old school dulu rupanya. Dah jadi macam orang lain, even not totally different, but still...masa akan mengubah anybody, in many ways. Mana la dia nak perasan kalau setakat sekilas pandang ikan di air. Memang dia tak tau la jantan betinanya.
Hi…long time no see… Still remember me? My pleasure…”  Ucapan ikhlas dari hati yang so-so je la. Mana boleh yang paling dalam. Hehehe…. Terharu.
Tapi lagi haru kalau dah jumpa mamat siot ni. Memang haru la hidup aku nanti dibuatnya.
Of course I am! At a glance, I know it’s you.” Ariff tersenyum riang. Dalam LRT serabut ni jumpa awek lama. Sapa tak suka.
“Anyway…how’s life?” Ariff bertanya. Senyum di bibirnya tak lekang. Sesuatu yang dia suka tentang lelaki itu.
Dia mengangguk perlahan. “Great…how bout you?” Ni bukan nak ikut protokol ye. Serious nak tau, bagaimana hidup mamat yang suka buat hal ni.
“As you can see…
I’m doing very well. Mana hilang? Abroad?” Ariff serious bertanya.
“Nope…but yes…” Teka-teki la konon.
Ariff mengangkat kening sebelah. “Nope…but yes? Meaning???” Dia keliru. Minah ni tak habis lagi ke dengan perangai lama dia.
“Hehehe…abroad ye, tak abroad pun ye jugak, just kita je yang tak da rezeki nak jumpa or terjumpa perhaps. I kat sini after we quit that day. Then I was leaving Malaysia. You kat sini ke lepas tu?”
Lagak macam hidup zaman batu je, boleh pulak lost contact dengan the very closest one. Yeah...the very the one.
Lepas tu…? Ariff senyum sendiri. “I kat sini jugak, then abroad, then balik sini.” Dia memandang gadis dihadapannya. Dengan senyuman. “Macam you jugak.”
“0oo…you seem doing very well. Nak gi mana ni?” Dia menukar topik. Lemas dah duk ingat-ingat zaman kegemilangan tu.
On my way, meeting my beloved brother, you?” Ariff sengih. Fara dipandangnya atas bawah. This girl…pakai apa pun cantik.
 “I ada kelas…bahasa…” Fara membalas lambat-lambat. Duduk dengan dia ni memang awet muda la.
“I see…so…bila boleh jumpa lagi?” Kening sebelah diangkat. Mahukan kepastian.
Anytime…bila ada rezeki, perhaps.” Fara turut mengangkat kening tanda tidak pasti.
“Perhaps? Your stereotype answer…hmm okay. Aaa…your number? Jangan pandai nak mengelat pulak.” Ariff memberi amaran.
Fara sengih, mamat ni memang kenal aku lagi. Untung jugak naik LRT hari ni.